Tuesday, October 4, 2011

Sukarnya Berubah. Tapi yakinlah KITA BOLEH!

Assalamualaikum..

Kenapa kita perlu berubah? Adakah kita sudah berpuas hati dengan pencapaian kita sekarang? Bukan sekadar pencapaian dari segi material dan fizikal sahaja.. tapi dari segi bekalan untuk ke alam yang lebih kekal di SANA. Adakah kita yakin sekiranya malaikat maut menjemput kita di saat ini, kita sudah cukup bekalan untuk ke syurga sana? Ya mungkin kita orang yang melakukan semua tuntutan yg wajib seperti solat, puasa dan sebagainya. Tapi adakah kite yakin ibadah kita itu mendapat "markah" yang cemerlang? Diterima atau direject akibat dari kurangnya ikhlas dan banyaknya unsur riak? Bagaimana pula hubungan dengan sesama manusia? Silap2 haribulan semua pahala kita di "transfer" ke "akaun" orang2 yg pernah kita umpat, kita hina atau kita zalimi! MasyaAllah.. bila dimuhasabah banyaknya lagi yg perlu kita UBAH!

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”


Dari buku "Mu'min Professional" tulisan Ust. Pahrol Joui, 3 elemen yang perlu di ubah untuk mengubah manusia:

1. AKAL perlu diberi ilmu agar TAHU
Akal perlu diberi ilmu agar tahu. Ilmu ini ialah "ilmu wahyu (revealed knowledge)" dan "ilmu akal (acquired knowledge)". Ilmu wahyu ialah ilmu yang menjawab persoalan "Dari mana kita datang, Untuk apa kita dijadikan dan Kemana kita akan pergi selepas kehidupan ini".  Ilmu akal ialah ilmu untuk membentuk kemahiran dan ketrampilan agar menjadi org yg professional.

2. HATI disuburkan dengan iman agar MAHU
Hati perlu ditarbiyah agar MAHU berubah.

3. NAFSU diberi latihan berterusan agar MAMPU
Nafsu perlu dibiasakan dan dilatih agar MAMPU berubah, Nafsu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan baik secara rutin.

"Nafsu umpama kuda liar yang perlu dijinakkan untuk menjadi tunggangan yang baik. Nafsu bukan untuk dihapuskan tetapi dilatih agar mampu melaksanakan kebaikan"

JOM BERUBAH! Tidak perlu secara drastik. Ubah satu perkara kecik setiap hari.. insyaAllah bila kita muhasabah kembali, sekurang-kurangnya kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi!

Wassalam