Tuesday, September 27, 2011

Lukisan Alam by Hijjaz

Just nak share my favourite nasyid.. hayatilah "Lukisan Alam" from Hijjaz. Song by Manan Ngah, Lyrics by Pahrol Md Juoi


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

Sunday, September 25, 2011

Belajar menulis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Teringat zaman sekolah2 dulu.. subject yg saya paling tak suka adalah subject bahasa sebab nye terpaksa menulis karangan. Serius tak reti menulis! Tapi saya suka membaca.. bila orang tanya pasal hobi the answer is "Membaca". Ye saya suka baca tapi saya tak pandai tulis / cakap. So, lama2 bende yg dibaca tu banyak tersimpan dalam kepala, yg praktikal di amalkan.. yg bersifat pegangan dipegang dan jadi prinsip diri. Kadang2, bila diuji dengan masalah hidup barulah terasa betapa berguna ilmu-ilmu yang dibaca ini. Dalam keadaan yang tertekan saya masih boleh rasional dan kembali kepada pegangan2 yang telah lama tertanam dalam diri. Jadi tak hairanlah ayat pertama dlm MANUAL KEHIDUPAN yg PENCIPTA manusia turunkan kepada umat akhir zaman ini ialah "IQRA' " yang bermaksud "bacalah".

Memang setiap hari kita membaca. Baca apa yang kita nak tau. Baca apa yang kite suka nak baca. Contohnye baca news, baca blog member2, baca berita sensasi. Tapi adakah yang kita baca itu memberi nilai tambah pada diri kita? Adakah perkara yang kita baca itu memberi manfaat atau ilmu yang berguna kepada kita? Bak kata pepatah "Siapa diri kita akan datang ditentukan oleh apa yang kita baca".  Ye.. besar rupanya kesan APA yang kita baca. Jadi, kalau ingin menjadi orang yang berjaya kite perlu baca bahan yang boleh membantu kita menjadi orang yang berjaya. "KEJAYAAN" juga adalah abstract. Ramai orang melihat "kejayaan" dari sudut material atau duniawi sahaja tapi lupa bahawa dunia ini cuma "Exam Hall" tempat PENCIPTA kita menguji kita. Satu hari nanti kite akan menghadap Yang Maha Adil untuk di beri penghakiman samada kita tergolong dalam golongan org yang berjaya atau gagal!

Tidak seperti exam yang kita biasa duduki yang memaksa kite memorize semua formula2 untuk menyelesaikan masalah, "EXAM" kita ini tak perlukan daya ingatan yang tinggi kerana exam ini "Open Book Exam". Ye, kita dibekalkan "Text book" dan "References yang ditinggalkan oleh MENTOR kita" dan anak2 buah mentor kita. Jadi untuk menjadi orang yang berjaya semasa di dunia dan selepas meninggalkan dunia ini ialah dengan membaca dan mengkaji "Text Book dan references" itu dan juga bertanya kepada mentor2 yang bertauliah. Jadi, janganlah terlalu sombong untuk mengatakan kita "OK", "boleh survive", "boleh hidup lagi" dan tidak mahu membuka bahan2 ini semasa kita masih ada masa.

Ops.. dari tak tau menulis terpanjang pulak first entry ni hihi.. apa2 pun.. yg saya nak sampai kan ialah.. mulalah membaca.. dan yang paling penting baca text book hidup kita "Quran" dan "Reference kita", Hadith Nabi kesayangan kita. InsyAllah kita akan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sana. Wassalam